MELAKA: Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berfungsi dengan baik dalam keadaan penuh mencabar ketika ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, untuk itu tiada keperluan untuk merombak Kabinet sedia ada.
Ahli Parlimen Alor Gajah itu turut menafikan ura-ura ‘pembaharuan’ Kabinet yang disifatkan sebagai tawaran akhir kepada ahli Parlimen UMNO supaya tidak menarik kerjasama daripada gabungan politik PN.
Beliau berpendapat, tiada sebab untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merombak Kabinet semata-mata memuaskan hati sesetengah pihak.