‘Tentera semut' lari tinggalkan barang seludup - Utusan Malaysia

‘Tentera semut’ lari tinggalkan barang seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang ‘tentera semut’ lari lintang-pukang meninggalkan barang seludup bernilai RM5,264 di belakang pos kawalan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) pagi kelmarin selepas kegiatan haramnya dihidu anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan.

Suspek melarikan diri dengan meninggalkan barangan runcit seludup bersama kenderaan ke dalam semak bagi menggelak dicekup anggota penguat kuasa.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintenden Azhari Nusi berkata, sekitar pukul 7 pagi, anggotanya yang sedang melakukan rondaan terserempak kereta jenis Proton Waja keluar dari pangkalan haram Posmen dekat sini dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota PGA bertindak mengekori kereta itu sehingga ke laluan kampung tepi pos kawalan Aksem Rantau Panjang. Sebaik sahaja menyedari diekori, pemandu tersebut bertindak menghentikan kereta dan melarikan diri ke kawasan semak berhampiran,” katanya.

Azhari memberitahu, anggota PGA berusaha mengesan pemandu tersebut namun gagal.

Katanya, hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan pelbagai barangan runcit seperti beras, tepung, mi segera, tembakau dan minuman,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya