KUALA LUMPUR: Istana Negara hari ini menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa apabila Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ketua Pembangkang itu memasuki pekarangan Istana Negara di sini pukul 10.30 pagi dengan menaiki kereta Jaguar sebelum dilihat kembali keluar pada pukul 11.30 pagi
Anwar yang sebelum ini mendakwa mempunyai sokongan yang kukuh daripada Ahli Parlimen yang menyokongnya untuk membentuk kerajaan baharu tidak memberi sebarang komen melainkan melambai tangan ke arah petugas media yang mengerumuni kenderaan yang membawanya.
Senario itu sekali gus mengundang teka-teki sama ada beliau berjaya membentuk kerajaan atau sebaliknya. – UTUSAN ONLINE