Teguk ketum dengan air gas, ubat batuk - Utusan Malaysia

Teguk ketum dengan air gas, ubat batuk

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Tidak cukup dengan air rebusan daun ketum, dicampur pula dengan air gas dan ubat batuk untuk rasa khayal yang lebih kuat.

Namun, kegiatan tidak sihat tujuh lelaki berusia 20 hingga 29 tahun menyediakan bahan terlarang itu di dalam sebuah rumah flat di Bagan Agam di sini memakan diri selepas mereka dicekup polis.

SEBANYAK 60 plastik air ketum yang dipercayai dicampur dengan ubat batuk dan air bergas dirampas dalam serbuan polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sebuah rumah flat di Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang malam tadi.-GAMBAR IHSAN POLIS

Dalam serbuan sekumpulan anggota polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) kira-kira pukul 12.30 malam tadi, turut dirampas adalah sebanyak 60 bungkus air ketum yang sudah siap diproses serta wang tunai berjumlah RM2,104.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan polis mendapati salah seorang suspek yang tinggal di rumah itu mengaku memiliki air ketum tersebut.

“Cecair itu akan dijual pada harga RM7 sebungkus kepada pembeli di sekitar kawasan Pantai Bersih selain rumah berkenaan dijadikan tempat melepak sambil minum ketum.

“Siasatan turut mendapati, enam lagi suspek merupakan pembantunya untuk membungkus bekalan air ketum yang telah dibancuh bersama ubat batuk,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, kesemua suspek yang merupakan penganggur itu didapati negatif hasil ujian saringan air kencing dan ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, Noorzainy berkata, kesemua suspek turut dikenakan kompaun selepas didapati tidak mengamalkan penjarakan fizikal ketika berkumpul. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya