Tahan lelaki dapat 2,400 arak seludup - Utusan Malaysia

Tahan lelaki dapat 2,400 arak seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penahanan seorang lelaki yang membawa sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan telah membawa kepada penemuan 2,400 tin arak seludup yang bernilai RM105,000 di Taman Dato Chellam, Ulu Tiram di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am, Superintenden Dimin Awang berkata, suspek berusia 33 tahun ditahan pada pukul 5.15 petang.

Beliau berkata, arak tanpa cukai kastam itu ditemukan dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra. 

Hasil siasatan lanjut, suspek telah menjalankan aktiviti penjualan arak seludup di sekitar kawasan bandar raya ini.  

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM105,000. Tangkapan dan rampasan arak seludup dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dimin, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Beliau turut menyeru kepada orang awam supaya terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan aktiviti penyeludupan bagi mengekang barangan kontraban (barang yang dilarang oleh undang-undang negara daripada dieksport atau diimport).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN