Suspek ugut Youtuber ditahan POCA - Utusan Malaysia

Suspek ugut Youtuber ditahan POCA

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Empat suspek yang didakwa terbabit kejadian jenayah mengugut personaliti media sosial Youtuber ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka ditahan selama 21 hari di bawah akta tersebut manakala dua lagi suspek direman enam hari bermula 19 sehingga 24 Oktober ini.

Katanya, keenam-enam suspek berusia antara 25 hingga 35 tahun ditahan polis dalam lima serbuan berasingan di Johor Bahru dan Ayer Hitam, Batu Bahat antara 15 hingga 18 Oktober lalu.

“Dalam siri serbuan itu, polis merampas pelbagai peralatan termasuk sembilan telefon bimbit, 67 buku dan kertas tercatat nama peminjam, lima kad bank serta dua kereta.

“Empat daripada suspek yang ditangkap itu memiliki rekod jenayah lampau berkaitan kes kekerasan dengan mendatangkan kecederaan parah, penipuan dan dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, kejadian ugutan itu tular dalam laman media sosial 3 Oktober lalu dan dilaporkan berlaku kira-kira pukul 8.30 malam.

“Rakaman video berdurasi 11 minit 50 saat itu memaparkan tiga Youtuber mendedahkan rumah kakak, rakan serta pejabat mereka di Johor Bahru dan Kulai disimbah cat serta khianat dengan api.

“Mereka secara terus meminta saya mengesan dan mengambil tindakan terhadap suspek yang terlibat,” katanya.

Beliau memaklumkan, siasatan polis turut mendapati suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ah long.

Pada 6 Oktober lalu, media melaporkan tiga personaliti YouTube tempatan membuat laporan polis setelah menerima ancaman oleh sindiket pinjaman tidak berlesen atau ah long. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya