SPRM terus komited perangi rasuah - Utusan Malaysia

SPRM terus komited perangi rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus komited memikul tanggungjawab dengan penuh integriti dalam memerangi rasuah di negara ini.

SPRM dalam kenyataan berkata, komitmen itu sejajar dengan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena sambutan hari ulang tahun SPRM ke-53 pada 1 Oktober lalu.

 “Warga SPRM berjanji akan terus memikul tanggungjawab dan tugas dengan baik dan penuh integriti seperti dititahkan.

“Warga SPRM juga mendoakan agar Seri Paduka Baginda berada dalam perlindungan Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang sempurna serta memerintah negara Malaysia dengan aman, makmur dan sejahtera,” katanya di sini hari ini.

Semalam, menerusi Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan penuh terhadap warga SPRM yang akan terus memikul tanggungjawab dan tugas dengan baik dan penuh integriti serta sentiasa bersedia menghadapi cabaran terkini dalam usaha-usaha membanteras jenayah rasuah.

Al-Sultan Abdullah bertitah, semua lapisan rakyat disaran memberi sokongan padu kepada SPRM untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan telus, profesional dan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Seri Paduka Baginda turut merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh warga SPRM sempena sambutan ulang tahun agensi itu, Khamis lalu.

Bahkan, Seri Paduka Baginda juga menitahkan rakyat untuk mengukuhkan lagi iltizam bagi memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya