SMA Sultan Ismail, Masjid Kampung Paya Resak diarah tutup - Utusan Malaysia

SMA Sultan Ismail, Masjid Kampung Paya Resak diarah tutup

Dr. Nor Azimi Yunus
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail di Dungun dekat sini diarah tutup selama lapan hari berikutan salah seorang pelajarnya disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, penutupan sementara berkuat kuasa hari ini hingga Khamis depan itu bagi mengelak penularan penyakit berjangkit.

Katanya, turut diarahkan tutup hari ini ialah Masjid Kampung Paya Resak di Marang apabila individu yang disahkan positif Covid-19 dilaporkan menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.

“Masjid itu diarahkan tutup selama tiga hari hingga Sabtu dan aktiviti nyah cemar akan dilakukan di kedua-dua premis berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Terengganu mencatatkan lima kes baharu Covid-19 hari ini sekali gus menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 31 kes.

Dalam perkembangan sama, Nor Azimi berkata, sebanyak 16 premis di negeri ini diarahkan tutup sementara bagi aktiviti nyah cemar untuk mencegah penularan Covid-19, sepanjang tempoh 28 September lalu hingga kelmarin.

Katanya, arahan penutupan itu dibuat mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Premis itu merangkumi empat premis perniagaan di samping tiga sekolah, klinik swasta (tiga), kedai makan (tiga) dan masing-masing satu masjid, surau serta taman bimbingan kanak-kanak (tabika). 

“Premis-premis lain yang ditutup selain daripada senarai di atas adalah dengan inisiatif pihak agensi atau pemiliknya,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya