IPOH: Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Hasan Tapah Road di Tapah ditutup tujuh hari mulai hari ini berikutan risiko penularan wabak Covid-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Razman Zakaria berkata, makluman mengenai penutupan itu dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri.
Menurutnya, penutupan berkuat kuasa hari ini sehingga 3 November dan sekolah akan dibuka semula pada 4 November. – UTUSAN ONLINE