SK Seri Sentosa ditutup selama seminggu ekoran Covid-19 - Utusan Malaysia

SK Seri Sentosa ditutup selama seminggu ekoran Covid-19

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Seri Sentosa di Nibong Tebal, Pulau Pinang diarahkan ditutup selama seminggu bermula 20 hingga 26 Oktober setelah kes positif Covid-19 dilaporkan di sekolah berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa di Nibong Tebal dekat sini diarahkan tutup selama seminggu bermula semalam setelah kes positif Covid-19 dilaporkan di sekolah berkenaan.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, arahan itu susulan laporan kes positif Covid-19 membabitkan seorang murid di sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, Abdul Rashid enggan mengulas lanjut mengenai punca jangkitan Covid-19 yang membabitkan murid berkenaan.

“Terdapat satu kes Covid-19 yang disahkan di sekolah ini, jadi pihak kami mengarahkannya untuk ditutup selama seminggu bermula 20 Oktober sehingga 26 Oktober.

“Pentadbiran sekolah akan memastikan guru bekerja dari rumah dengan sewajarnya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sebelum ini, pada 1 Oktober lalu, SK Permatang Janggus di Penaga, Kepala Batas dekat sini ditutup selama lapan hari.

Hampir 400 murid di sekolah itu menjalani ujian saringan Covid-19 susulan seorang guru wanita sekolah terbabit dikesan positif Covid-19.

SK Permatang Janggus dibuka semula pada 9 Oktober lalu selepas rantaian Covid-19 berjaya diputuskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya