SK Permatang Janggus dibuka semula - Utusan Malaysia

SK Permatang Janggus dibuka semula

SK Permatang Janggus, Kepala Batas, Pulau Pinang yang ditutup lapan hari ekoran penularan wabak Covid-19 baru-baru ini kini dibuka semula hari ini. - FOTO/SITI MAS ERAH AMRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Selepas ditutup selama lapan hari akibat seorang guru didapati positif Covid-19, Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus, Penaga dekat sini dibuka semula hari ini.

Bagaimanapun, tinjauan Utusan Malaysia mendapati pekarangan sekolah kurang sesak ekoran sesi persekolahan dikhususkan buat murid tahun tiga sehingga tahun enam sahaja manakala tahun satu dan dua masih perlu menjalani kuarantin di rumah yang dijangka selama 14 hari.

Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah yang enggan dikenali berkata, pihaknya dimaklumkan bangunan sekolah berkenaan telah disanitasi sebanyak dua kali sebelum dibuka semula hari ini.

“Prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan turut diperketatkan untuk membendung ancaman virus Covid-19.

“Jadi, ibu bapa mahupun penjaga tidak perlu risau,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan kehadiran murid berkurangan disebabkan hari ini adalah hari terakhir persekolahan. 

Terdahulu, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Abdul Rashid Abdul Samad mengesahkan arahan penutupan itu dan tindakan berkenaan diambil adalah atas sebab keselamatan serta langkah berjaga-jaga daripada penularan wabak Covid-19.

Jumaat lalu, hampir 400 murid menjalani ujian saringan Covid-19 susulan seorang guru wanita sekolah terbabit dikesan positif Covid-19 Khamis lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya