SJR di semua laluan keluar Selangor - Utusan Malaysia

SJR di semua laluan keluar Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua laluan keluar dari negeri Selangor akan didirikan sekatan jalan raya (SJR) bermula tengah malam ini sehingga 27 Oktober ini.

Lokasi itu membabitkan laluan sempadan-sempadan Selangor ke Negeri Sembilan, Perak dan Pahang dalam usaha mengekang pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata,  SJR juga akan didirikan di sempadan-sempadan daerah polis dalam kontinjen Selangor. 

Ujarnya, dalam menghadapi situasi ini, polis Selangor akan mengerakkan keseluruhan kekuatan yang ada di samping bantuan agensi-agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Selain penguatkuasaan SJR, polis Selangor akan memperbanyakkan pasukan pemantauan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

“Mana-mana individu yang ingkar pada arahan PKPB ini akan dikenakan kompaun atau diambil tindakan, di samping mengingatkan agar semua mematuhi apa yang digariskan sepanjang PKPB ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya