Siti Zailah sedia bantu  penduduk Kampung Gual Rimau - Utusan Malaysia

Siti Zailah sedia bantu  penduduk Kampung Gual Rimau

Siti Zailah Mohd. Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG : Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff memberi jaminan akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah lebih 20 keluarga di Kampung Gual, Bukit Tandak di sini yang hidup tanpa bekalan elektrik sejak 50 tahun lalu.

Siti Zailah berkata, terbaharu, beliau sekali lagi akan merujuk perkara itu kepada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi memohon bantuan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Sebelum ini kita telah berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut termasuklah memaklumkannya kepada pihak terlibat antaranya Tenaga Nasional Berhad (TNB), KPLB dan banyak lagi.

“Masalah ini bukan baru, tapi sudah lama berlaku. Isu utama yang membelenggu penduduk ialah pemasangan tiang elektrik kerana jaraknya yang terlalu jauh ke dalam,” katanya.

Semalam, penduduk Kampung Gual Rimau, Bukit Tandak di sini mengeluh dan masih lagi ‘kempunan’ untuk mendapatkan bekalan elektrik 24 jam meskipun beberapa kawasan sekitar sudah lama menikmati kemudahan itu.

Menurut dakwaan beberapa penduduk di situ, setiap kali tiba Pilihan Raya Umum (PRU) pelbagai pihak tampil ‘menabur’ janji untuk membantu menyelesaikan masalah itu, namun ia hanyalah cakap kosong sahaja.

Siti Zailah memberitahu, untuk membawa masuk bekalan elekterik ke kampung itu lebih 50 batang tiang diperlukan.

Katanya, usaha membantu penduduk turut berdepan ‘tugas getir’ apabila kebanyakkan tanah-tanah dikawasan itu tidak mempunyai rizab jalan.

“Saya telah merujuk perkara itu kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas dan hasil maklumat yang diperoleh mendapati tanah di kawasan itu mempunyai  ramai pemilik. Kebanyakkan mereka berada diluar Kelantan.

“Situasi itu menyebabkan kami berdepan kesukaran mengesan pemilik bagi mendapatkan keizinan daripada tuan-tuan tanah bagi menjalankan kerja-kerja menanam tiang-tiang tersebut.

“Mengikut pemakluman terbaharu dari Ketua Jajahan Pasir Mas pihaknya telah hantar surat kepada pemilik tanah namun gagal mendapat respon,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya