SIA ‘belum lagi terselamat’ - Utusan Malaysia

SIA ‘belum lagi terselamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Dengan sektor penerbangan dibadai teruk oleh pandemik Covid-19, ‘sekarang bukan masanya’ untuk membincangkan tentang mengenakan cukai sekitaran terhadap Singapore Airlines (SIA).

Menteri Pengangkutan, Ong Ye Kung berkata, langkah itu akan hanya memburukkan lagi keadaan bagi syarikat penerbangan negara itu, yang berusaha kuat untuk mengekalkan kedudukan kewangan dan memperoleh hasil pada ketika ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Parti Pekerja (WP), Jamus Lim tentang sebab kerajaan tidak akan mempertimbangkan untuk mengenakan cukai sedemikian.

Sebelum ini, Ye Kung dalam kenyataan menteri yang menggariskan strategi untuk menyokong sektor penerbangan menggambarkan keadaan SIA sebagai ‘belum lagi terselamat’ meskipun selepas menjalani proses penyusunan semula hutang dan ekuiti syarikat.

Katanya, salah satu idea SIA untuk menjana hasil dapatan adalah menawarkan khidmat penerbangan tanpa destinasi, meskipun dibatalkan selepas itu.

“Apa pun yang ditentukan oleh SIA, Kementerian Pengangkutan akan terus cuba sedaya upaya memberi sokongan kepada syarikat penerbangan negara pada waktu sukar sekarang.

“Apa yang tidak akan kita pertimbangkan adalah mengenakan cukai sekitaran ketika ini, seperti yang ditimbulkan dalam soalan diajukan pembangkang kerana akan memburukkan lagi krisis bagi SIA,” katanya di Parlimen seperti dilaporkan Berita Mediacorp.

Membalas kenyataan Ye Kung, Lim berkata, ‘kemungkinan besar’ cukai itu tidak akan mempunyai kesan segera terhadap ekonomi SIA jika kos itu contohnya disalurkan kepada penumpang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya