Setengah bulan gaji buat penjawat awam Selangor - Utusan Malaysia

Setengah bulan gaji buat penjawat awam Selangor

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji buat penjawat awam di negeri ini melibatkan Gred 54 dan ke bawah. 

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bayaran itu akan dilakukan pada 29 Disember nanti. 

Menurutnya, pemberian BKK itu sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri  kepada penjawat awam yang sentiasa memberikan komitmen yang terbaik. 

“Saya menghargai usaha serta komitmen para penjawat awam yang tidak kenal erti penat lelah dalam bersama-sama memakmurkan negeri ini. 

“Oleh demikian, saya mengumumkan BKK kali kedua untuk tahun ini,” katanya dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di sini hari ini. 

Terdahulu, pada BKK pertama, kerajaan Selangor mengumumkan pemberian RM1,000 secara sekali bayar kepada kakitangan awam Gred 56 ke bawah yang mula disalurkan pada 9 Jun lalu.

Untuk rekod, insentif kali kedua pada tahun ini membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM16.5 juta.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan Selangor juga akan mewujudkan kembali bantuan khairat kematian kepada waris warga emas yang berdaftar dengan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) dengan nilai sebanyak RM500. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya