Semua banduan Penjara Reman P.Pinang selesai disaring - Utusan Malaysia

Semua banduan Penjara Reman P.Pinang selesai disaring

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kesemua 2,300 banduan di dalam Penjara Reman Pulau Pinang di sini telah selesai menjalani ujian saringan Covid-19 semalam.

Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Mohamed Jusoh Ismail berkata, pada masa ini, pihaknya masih menunggu keputusan ujian saringan itu daripada Kementerian Kesihatan.

“Sehingga kini, 18 banduan disahkan positif Covid-19 dan semua mereka yang berusia 25 hingga 65 tahun  dalam keadaan stabil.

“Kesemua kontak rapat mereka yang positif Covid-19 juga sedang dikuarantin dan berada dalam keadaan baik,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohamed Jusoh, seorang lagi banduan yang disahkan positif Covid-19 semalam tinggal di sel berlainan daripada 18 banduan yang positif virus berkenaan sebelum ini.

“Banduan lelaki itu tinggal di blok yang sama dengan mereka yang dijangkiti virus berkenaan.

“Kami telah mengambil tindakan segera dengan mengasingkan serta kuarantin mereka yang tinggal di dalam sel sama dengan banduan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, 20 petugas Penjara Reman Pulau Pinang yang sebelum ini disahkan negatif Covid-19 akan menjalani ujian saringan kali kedua hari ini untuk keputusan lebih tepat.

“Mereka adalah kontak rapat kepada banduan-banduan yang disahkan positif Covid-19 yang mana ujian saringan pertama mereka didapati negatif.

“Setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan, hari ini (semalam) mereka akan membuat ujian saringan kedua supaya kita dapat pengesahan yang lebih tepat,” katanya.

Tambahnya,  proses sanitasi masih diteruskan di dalam kawasan penjara dan ia dijalankan oleh kakitangan penjara dengan kerjasama pasukan Kementerian Kesihatan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya