Sembunyi atas siling elak dicekup khalwat - Utusan Malaysia

Sembunyi atas siling elak dicekup khalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tindakan seorang lelaki bersembunyi di bahagian siling rumah teres di sebuah perumahan di Jalan Alor Mengkudu di sini bagi mengelak dicekup kerana berkhalwat gagal apabila berjaya dikesan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) awal pagi hari ini.

Lelaki berusia 55 tahun yang merupakan penjawat awam dan berstatus suami orang itu ditahan dalam pemeriksaan yang dilakukan kira-kira pukul 1.10 pagi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib memberitahu, pemeriksaan dilakukan berdasarkan aduan orang awam.

Katanya, pasangan itu tidak memberikan kerjasama ketika diminta membuka pintu rumah sebelum pihaknya mendapatkan bantuan anggota polis peronda.

“Setelah memasuki rumah tersebut, kami menemui seorang wanita berusia 33 tahun bersama lelaki terbabit yang ditemui di atas siling rumah.

“Hasil soal siasat mendapati mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen hubungan mahram atau suami isteri,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, pasangan terbabit didapati merupakan penjawat awam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya