Sekatan jalan raya di Kampung Bukit Naga - Utusan Malaysia

Sekatan jalan raya di Kampung Bukit Naga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Shah Alam mengenakan sekatan jalan raya di Kampung Bukit Naga, Shah Alam susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mukim Klang yang berkuat kuasa hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, sekatan jalan raya itu dilaksanakan di kawasan tersebut kerana laluan di kampung tersebut berada di persempadanan kawasan Shah Alam dan Klang.

“Sekatan jalan raya ini dikendalikan oleh Balai Polis Taman Sri Muda dengan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) akan menjalankan pemantauan di kawasan itu.

“Ini bagi memastikan laluan dari Klang dan Shah Alam berjalan lancar serta hebahan berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya mengingatkan orang ramai yang ingin keluar dan masuk ke kawasan Bukit Tinggi perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dua buah balai polis bergerak di lokasi itu.

“Setakat ini, orang ramai tidak perlu memohon surat kebenaran daripada pihak polis sekiranya mereka keluar dan masuk dalam kawasan Klang sahaja.  

“Pihak polis tidak teragak-agak untuk mengenakan kompaun terhadap mana-mana individu yang tidak mematuhi SOP PKPB,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN