Sebuah klinik swasta ditutup sementara akibat Covid-19  - Utusan Malaysia

Sebuah klinik swasta ditutup sementara akibat Covid-19 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor hari ini mengesahkan penutupan sebuah klinik swasta di Taman Daya di sini selepas dua pesakitnya didapati positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Aman Rabu berkata, penutupan klinik berkenaan berkuat kuasa serta merta sehingga proses sanitasi terhadap klinik itu dibuat.

“Ya betul, sudah disahkan Pegawai Kesihatan Johor Bahru. Pejabat Kesihatan daerah telah menasihati (untuk menutup klinik) dan siasatan sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. 

Hari ini, tular di laman sosial surat daripada pengurusan sebuah klinik yang memaklumkan tentang penutupan sementara operasi mereka. 

Penutupan selama seminggu itu bermula hari ini sehingga 14 Oktober depan dibuat ekoran dua pesakitnya yang dikesan positif Covid-19, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya