Sebarang keputusan UMNO, perlu utamakan rakyat - Utusan Malaysia

Sebarang keputusan UMNO, perlu utamakan rakyat

ROSOL Wahid (kanan) melihat barangan produk tempatan pada Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2020 peringkat Hero Market di sini, hari ini. 
Turut kelihatan, Pengarah Hero Market Malaysia, Francis Teng (kiri).-UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  “Apa sahaja yang berlaku, rakyat diutamakan,” kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Rosol Wahid.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memikirkan hala tuju parti tersebut. 

“Itu merupakan urusan dan keputusan UMNO, kita sebagai parti yang memerintah termasuk Pas menyambut baik apa sahaja yang mereka buat. 

“Tetapi yang penting jangan belakangkan rakyat, utamakan kepentingan dan kemahuan rakyat,” katanya kepada media selepas perasmian Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di sini hari ini. 

Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima daripada rakyat, beliau mendapati kebanyakan mereka berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

“Jadi kalau kita wujudkan suasana tidak selesa dan ‘havoc’ ditambah keadaan Covid-19 yang tidak selesai, saya rasa rakyat akan muak dan benci kepada kita,” katanya. 

Mohamad Hassan hari ini dilaporkan berkata, sudah tiba masanya Ahmad Zahid menentukan hala tuju parti itu setelah peranannya dipinggirkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Beliau dipetik berkata, hala tuju tersebut perlu disegerakan supaya mampu membuat persediaan menghadapi pilihan raya lebih besar yang boleh diadakan bila-bila masa.

Dalam isu kenyataan Ketua Pemuda Bersatu (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mengguris perasaan parti UMNO berkenaan kejayaan Perikatan Nasional (PN) di PRN Sabah, Rosol berkata, perkara tersebut harus dilihat dalam kontek yang luas. 

“Saya difahamkan ianya tidak dituju kepada UMNO tapi mungkin kata orang siapa yang makan cili dia yang rasa pedas, tapi apa yang penting kita tengok dalam skop yang luas iaitu demi kepentingan negara, agama dan bangsa,” katanya.

Beliau juga menasihatkan supaya isu tersebut tidak diperbesar-besarkan.

“Sekiranya perkara yang kecil ini kita nak perbesarkan mungkin rakyat akan benci dan muak dengan kita,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN