JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menegaskan, tunjuk perasaan penolakan Undang-undang Cipta Kerja di kebanyakan wilayah di negara ini disebabkan ada kesalahan maklumat dan berita palsu.
CNN Indonesia melaporkan, beliau menyebut, antara kesalahan maklumat itu berkaitan upah minimum, soal hak cuti dan hak upah hingga pemberhentian kerja oleh perusahaan.
Beliau meminta rakyat yang tidak berpuas hati dengan isi undang-undang itu supaya mengajukannya ke Mahkamah Konstitusi (Perlembagaan).
Lebih 1,000 penunjuk perasaan ditahan selepas mencetuskan rusuhan ganas di Jakarta.