Rugi RM300,000 ditipu pelaburan tidak wujud - Utusan Malaysia

Rugi RM300,000 ditipu pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang ahli perniagaan kerugian lebih RM300,000 selepas diperdaya untuk melabur dalam sebuah syarikat tiga tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd. Ghani berkata, pada Mac 2017, ahli perniagaan berusia 56 tahun itu bertemu beberapa lelaki yang memperkenalkannya dengan satu skim pelaburan.

Skim pelaburan berkenaan menjanjikan keuntungan 10 hingga 13 peratus setiap bulan bermula bulan ketujuh selepas pelaburan dibuat.

“Tertarik dengan tawaran lumayan berkenaan mangsa membuat bayaran menggunakan cek kepada syarikat itu berjumlah RM315,920.

“Mangsa sepatutnya menerima bayaran pertama pada Oktober 2017 tetapi sehingga hari ini tidak menerima sebarang bayaran daripada syarikat berkenaan,” katanya.

Aibee berkata, pada 2018 mangsa mendapat tahu nama syarikat berkenaan sudah ditukar kepada nama lain.

Kes disiasat mengikut Sekyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya