Ronnie Liu bebas dengan jaminan polis - Utusan Malaysia

Ronnie Liu bebas dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung hantaran status di media sosialnya yang mempunyai kecenderungan menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong dibebaskan hari ini.

Ronnie Liu yang ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya semalam dibebaskan dengan jaminan polis.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan itu.

“Beliau dibebaskan sebaik sahaja keterangan diambil,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, satu siasatan dijalankan pada 21 Oktober lalu ke atas akaun Facebook Ronnie Liu kerana telah meninggalkan komen ‘Now In Bangkok, They Are Sa- ying No To The King’.

Tambah Huzir, siasatan turut dijalankan melibatkan ciapan di Twitter Uncle Ireeve pada 25 Oktober lalu yang mempunyai unsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya