RM300 juta bantu pengusaha IPTS terjejas - Utusan Malaysia

RM300 juta bantu pengusaha IPTS terjejas

Abd Latiff Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM300 juta di bawah Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS)  melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, pemberian skim itu bertujuan membantu dan memastikan kelangsungan perniagaan pengusaha-pengusaha institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bumiputera yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Menurut beliau, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dilantik sebagai agensi pelaksana skim itu yang mana sebanyak RM150 juta diperuntukkan untuk dilaksanakan pada tahun ini.

Katanya, baki RM150 juta pula diperuntukkan pada tahun depan.

” SPiM PENJANA IPTS akan dilaksanakan sepenuhnya oleh anak syarikat Mara dengan had pembiayaan tidak melebihi RM50 juta. 

“Penilaian had pembiayaan adalah tertakluk kepada keperluan serta keupayaan bayaran balik pembiayaan pemohon,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, IPTS bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555], merupakan kumpulan sasar yang layak untuk memohon skim berkenaan.

Katanya, semua permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan www.pmbtijari.com.my/spimpenjana. 

Soalan-soalan lazim dan perincian permohonan boleh didapati di pautan tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya