RM136,000 wang simpanan lebur ditipu Macau Scam - Utusan Malaysia

RM136,000 wang simpanan lebur ditipu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH:  Seorang suri rumah berusia lingkungan 70-an di Kepala Batas dekat sini menjadi mangsa terbaharu sindiket Macau Scam membabitkan kerugian RM136,000.

Mangsa mula terjerat dengan sindiket berkenaan selepas menerima panggilan individu yang mendakwa dari Pejabat Pos Laju di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa diberitahu kononnya terdapat bungkusan atas namanya yang mengandungi sekeping kad pengenalan dan lapan keping kad pengeluaran wang automatik (ATM) sebelum disambungkan ke Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor.

“Mangsa diberitahu oleh individu yang mendakwa inspektor polis kononnya terlibat dalam kegiatan menjual akaun bank kepada seorang lelaki sebanyak RM10,000 dan menerima wang RM23 juta.

“Mangsa turut diberitahu dia merupakan suspek utama dan perlu memberikan kerjasama selain tidak boleh memberitahu sesiapa berkenaan perkara itu memandangkan kes masih dalam siasatan,” katanya.

Noorzainy berkata, mangsa yang terlalu takut akan dikenakan tindakan akur dengan arahan individu terbabit dan memasukkan wang simpanannya ke dalam akaun yang diberikan suspek melalui mesin ATM.

“Dia membuat tujuh transaksi pemindahan wang ke dalam empat akaun yang keseluruhannya berjumlah RM136,000. Mangsa turut diberitahu wang itu hanyalah untuk semakan pihak terbabit berhubung kes yang sedang disiasat tersebut,” katanya.

Noorzainy berkata, mangsa bagaimanapun menyedari  telah ditipu sebelum membuat laporan polis semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN