RM 15,000 daripada Achey dan Nabil sempena Pink October - Utusan Malaysia

RM 15,000 daripada Achey dan Nabil sempena Pink October

Achey (kiri) bersama Kanumbu Agussalim dan Dr. Zunita Zakaria pada majlis penyerahan sumbangan cek kepada CANRES di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM15,000 disumbangkan dua pelawak terkenal, Achey dan Nabil kepada Makmal Penyelidikan Kanser Universiti Putra Malaysia (UPM)- Majlis Kanser Nasional (MAKNA) (CANRES) sempena meraikan Bulan Kesedaran Kanser Payu dara.

Menurut Achey nilai sumbangan itu berdasarkan jualan daripada produk Sugarbomb X Achey dan Edisi Sugarbomb X LuP’K sepanjang bulan Oktober.

“Asalnya idea untuk buat sumbangan ini tercetus daripada Nabil sendiri. Jadi saya memang sokong memandangkan saya juga pernah melalui pengalaman ahli keluarga turut menghidapi barah payudara.

“Jumlah sumbangan ini adalah satu peratus daripada keuntungan jualan produk kerjasama kami dengan SugarBomb,” katanya ketika ditemui pada  majlis penyerahan sumbangan cek kepada CANRES di sini hari ini.

Sementara itu Achey yang hadir berseorangan tanpa Nabil memberitahu, sumbangan ini juga dalam usaha membuka mata masyarakat mengenai bahaya pembunuh senyap ini.

“Bukan wanita sahaja berhadapan dengan penyakit ini tetapi lelaki juga.

“Kesedaran masyarakat mengenai penyakit ini masih rendah, moga dengan penyelidikan yang dilakukan pihak berkenaan dapat membantu ramai pesakit di luar sana,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengurus Besar SugarBomb, Kanumbu Agussalim dan Pengarah Institut Biosains UPM, Prof. Dr. Zunita Zakaria.

Sebagai latar belakang,  Bulan Kesedaran Kanser Payu dara Sedunia disambut setiap tahun pada bulan Oktober dan turut dinamakan sebagai Pink October.

Sambutan tersebut bagi memperingati dan meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara di persada dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya