Restoran, kafe perlu kerap lakukan sanitasi - Utusan Malaysia

Restoran, kafe perlu kerap lakukan sanitasi

RUMAIZI BAHARIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Semua pengusaha restoran dan kafe di bandar ini perlu memainkan tanggungjawab mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta peka dengan perkembangan semasa berkaitan langkah-langkah pencegahan Covid-19.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ini termasuk arahan supaya semua pemilik premis makanan, restoran dan kafe menjalankan aktiviti pembersihan dan sanitasi awam secara kerap mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan.

Katanya, mereka juga perlu memberikan taklimat tentang SOP kepada pekerja supaya faham pematuhan tersebut.

“Sehingga 6 Oktober ini, sebanyak 395 premis restoran dan kafe telah diperiksa dan kita mendapati 90 peratus premis mematuhi SOP. Bagaimanapun terdapat premis yang ambil mudah perkara itu.

“Sebanyak 43 premis telah dikenakan surat amaran. Kegagalan mematuhi syarat ini boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250 di  bawah Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MBI 2017),” katanya ketika ditemui dalam tinjauan premis di sini semalam.

Operasi bertujuan memberi kesedaran dan peringatan kepada semua pengendali premis agar mematuhi SOP termasuk melakukan saringan suhu badan, kawalan bilangan pelanggan, menyediakan pelitup muka kepada kakitangan dan menyediakan aplikasi MySejahtera.

Dalam pada itu, Rumaizi turut menasihatkan orang ramai supaya memastikan premis makanan yang dikunjungi telah dijalankan pembersihan dan sanitasi yang sempurna sebelum mengunjungi kedai makanan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya