Rasuah RM100, warga Singapura dijel, denda RM10,000 - Utusan Malaysia

Rasuah RM100, warga Singapura dijel, denda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Akibat memberi suapan RM100 kepada pegawai Jabatan Imigresen kerana enggan dikenakan tindakan melanggar skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL), seorang warga Singapura menerima padah apabila dihukum penjara dua minggu dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Yong Boon Tao, 43, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Berdasarkan pertuduhan, Boon Tao didakwa cuba memberi suapan sebanyak RM100 kepada seorang Penolong Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia dan suapan itu dibuat sebagai dorongan untuk tidak diambil tindakan undang-undang kerana melanggar RGL yang boleh menyebabkan dia diusir melalui Notis Penolakan Masuk (NTL).

Dia didakwa melakukan perbuatan di Bahagian Pemeriksaan Bas, Bangunan Sultan Iskandar di sini kira-kira pukul 9.40 pagi pada 24 Oktober lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya