Rapid KL terus beroperasi seperti biasa - Utusan Malaysia

Rapid KL terus beroperasi seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia (Prasarana) mengumumkan semua perkhidmatan rangkaian rel transit dan bas di bawah kendalian syaeikat itu beroperasi seperti biasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Operasi perkhidmatan yang melibatkan rel urban, LRT, MRT dan monorel serta perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL dan bas perantara akan terus beroperasi dari pukul 6 pagi hingga tengah malam.

Menurut Prasana, operasi ini disesuaikan mengikut permintaan semasa selaras dengan pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan kerajaan.

“Pihak kami akan sentiasa memantau dengan rapi keadaan aliran penumpang dan akan mengimbangi kapasiti serta permintaan semasa dalam menentukan kekerapan tren dan bas harian.

“Prasarana juga akan mengeluarkan kenyataan media susulan Jumaat ini bagi memaklumkan maklumat terkini berdasarkan aliran penumpang harian,” kata kenyataan berkenaan.

Bagaimanapun, pihak Prasarana mendapati bahawa jumlah penumpang masih seperti biasa khususnya ketika pada waktu puncak antara 6 pagi hingga 9 pagi.

Ini adalah berkemungkinan disebabkan oleh faktor sektor ekonomi yang masih dibenarkan dibuka selain ada syarikat yang belum melaksanakan kerja dari rumah sepenuhnya.

Menurut Prasarana, para penumpang dinasihatkan memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengimbas kod QR selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

 Pekerja dan penumpang yang mempunyai suhu lebih 37.5 darjah celsius tidak dibenarkan masuk, memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman.

“Kerja-kerja membasmi kuman dan pembersihan stesen serta tren tetap dilakukan secara berterusan,” ujar Prasarana. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya