Ramai tidak tahu saguhati RM1,000 untuk pasangan pengantin berpendapatan rendah - Utusan Malaysia

Ramai tidak tahu saguhati RM1,000 untuk pasangan pengantin berpendapatan rendah

Wan Hassan Wan Ibrahim (tiga dari kiri) bersama pasangan pengantin yang menerima elaun perkahwinan RM1,000 sumbangan kerajaan negeri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Masih ramai golongan berpendapatan rendah yang tidak tahu tentang Skim Gerbang Az-Ziwaaj yang membolehkan mereka menerima sumbangan keraian nikah sebanyak RM1,000 yang telah dilancarkan oleh kerajaan negeri sejak 2011.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, peruntukan yang disediakan itu bertujuan membantu pasangan muda yang kurang berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga. 

Menurutnya, program yang bertemakan ‘Anda Bijak Kerana Berkahwin’ perlu disemarakkan kembali bagi tujuan  mengelakkan golongan muda terjebak dalam zina dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

“Melalui program yang dilaksanakan kerajaan negeri, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan berkaitan di pejabat kadi, pejabat ADUN atau boleh muat turun borang dari laman Facebook – Gerbang Az-Ziwaaj. 

“Islam amat menggalakkan umatnya melangsungkan perkahwinan bagi membolehkan wujudnya ikatan yang sah antara pasangan lelaki dan perempuan yang sekali gus mewujudkan rasa bertanggungjawab selain menghindar perlakuan zina,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Az-Ziwaaj kepada enam bakal pengantin baru di Pusat Khidmat Rakyat ADUN Semerak, di sini, hari ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya