KLANG: Orang ramai menyifatkan kekerapan masalah gangguan bekalan air di negeri itu sudah melampaui batas dan membebankan. Keperitan itu semakin dirasai berikutan mereka terpaksa berdepan risiko tinggi untuk mendapatkan bekalan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar daerah ini mendapati rata-rata penduduk tidak sempat menyimpan air kerana hanya mengetahui gangguan bekalan pagi semalam sedangkan bekalan dihentikan tengah malam. Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sri Sedeli, Taman Sri Andalas, Tukimin Sarlan, 65, berkata, pihaknya amat kesal dengan masalah air di negeri ini yang masih tiada berkesudahan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya