Alpa amal norma baharu punca kes Covid-19 meningkat - Utusan Malaysia

Alpa amal norma baharu punca kes Covid-19 meningkat

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI:  Sikpa leka dan alpa untuk mengamalkan normal baharu meskipun negara belum menang untuk mengekang penularan virus Covid-19 merupakan punca kes wabak itu meningkat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKB) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, ramai yang sedar tentang punca dan cara mengekang jangkitan Covid-19.

Katanya, ketika itu masyarakat peka dan mendengar nasihat penjagaan diri, mencuci tangan, mengamalkan penjarakkan sosial, mengelak 3S  iaitu kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat.

“Namun, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPB) dilaksanakan, kita lihat amalan ini nampaknya belum menjadi budaya. Ada bersesak-sesak ketika membeli belah dan menggunakan lif selain tidak memakai pelitup muka. 

“Mereka hanya risau dan takut apabila mendengar kes meningkat dan bila adanya penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkam (PKPD) di tempat- tempat tertentu,” katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Perasmian Penutup Sesi Townhall Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan Covid-19 Bersama Pemimpin Combi di sini hari ini.

Menurut Adham lagi, amalan hendak diterapkan dalam norma baharu mengekang Covid-19 seharusnya menjadi budaya masyarakat sepanjang masa dan bukannya hanya ketika berlaku peningkatan kes Covid- 19.

Dalam pada itu, beliau berharap sukarelawan Combi dapat meningkatkan kesedaran terhadap norma baharu di dalam kalangan anggota masyarakat.

“Sehingga September lalu, terdapat sebanyak 3,007 pasukan Combi di seluruh negara membabitkan 26,191 sukarelawan.

“Sementara di Johor ada 25 pasukan Combi yang berdaftar dengan penglibatan seramai 1,530 sukarelawan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya