Produk pertanian tanpa permit dirampas - Utusan Malaysia

Produk pertanian tanpa permit dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) negeri merampas pelbagai produk pertanian antaranya kaktus; makanan haiwan dan kayu hiasan dalam pemeriksaan di sebuah pejabat pos di sini minggu lalu.

Pengarah MAQIS negeri, Zarina Ramli berkata, pemeriksaan rutin itu dilakukan ke atas mel dan kurier pos yang dikirim dari luar negara.

Menurut beliau, MAQIS mendapati beberapa bungkusan dari Thailand, Taiwan, China dan Belanda itu mengandungi keluaran pertanian tanpa dokumen yang sah seperti permit import dan sijil fitosanitasi dari negara pengeksport.

Tambahnya, siasatan mendapati beberapa bungkusan dari Thailand dan Taiwan mengandungi sebanyak 23 pokok kaktus pelbagai bentuk dan spesis; pokok orkid hutan (1); produk herba campuran (30) serta kayu hiasan (362) yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM5,252.70. 

“Selain itu, seorang warga tempatan dikesan mengimport 12 paket makanan kucing dan anjing bernilai RM630 yang dibeli secara dalam talian dari China dan Belanda untuk tujuan persendirian.

“Pengimportan tersebut didapati tiada sebarang dokumen yang sah seperti permit import dan Sijil Akta Makanan Haiwan 2009,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya