PRK Batu Sapi: Ceramah kempen dilarang - Utusan Malaysia

PRK Batu Sapi: Ceramah kempen dilarang

ABDUL GHANI SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang sebarang bentuk ceramah mana-mana pihak atau parti politik sepanjang tempoh berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi 5 Disember ini.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, larangan itu turut melibatkan aktiviti bersemuka atau ziarah oleh calon atau penyokong parti ke rumah-rumah pengundi serta tidak dibenarkan aktiviti turun padang.

Beliau menjelaskan, perkara itu adalah penambahbaikan dalam prosedur operasi standard (SOP) aktiviti kempen dalam pematuhan garis panduan pencegahan Covid-19 selepas pengalaman pilihan raya negeri (PRN) Sabah 26 September lalu selain dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri itu.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Batu Sapi iaitu pada 23 November manakala hari pengundian awal 1 Disember ini.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding sehingga pukul 11.59 malam 4 Disember.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya