SEREMBAN: Kementerian Pendidikan hari ini memaklumkan premis Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ditutup bermula semalam sehingga 12 November depan.
Penutupan tersebut termasuk melibatkan Sektor Pembelajaran dan Unit Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Rahang, Unit Pembangunan Bakat Murid dan Sektor Pendidikan Islam di Kompleks Ko-Kurikulum serta Pusat Ko-Kurikulum Kem Hassan Basir di Batu Kikir, Kuala Pilah.
Ia susulan terdapat kes jangkitan wabak Covid-19 yang melibatkan beberapa orang pegawai dan anggota Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
“Keselamatan warga Kementerian Pendidikan dan pelanggannya adalah sentiasa menjadi keutamaan.
“Sehubungan itu, segala urusan yang melibatkan orang awam adalah dihentikan sepanjang tempoh penutupan ini. Kesulitan yang timbul dari penutupan ini, adalah dikesali,” kata kenyataan itu lagi. -UTUSAN ONLINE