Polis Shah Alam buat sekatan jalan raya bergerak - Utusan Malaysia

Polis Shah Alam buat sekatan jalan raya bergerak

BAHARUDIN Mat Taib (dua dari kiri) menerangkan prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kepada orang ramai di Shah Alam. - UTUSAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Shah Alam mengambil insiaitif tersendiri mengadakan sekatan jalan raya bergerak dalam memastikan orang ramai mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, sebanyak 10 sekatan jalan raya bergerak dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari PKPB berkuat kuasa hari ini.

“Sekatan jalan raya bergerak ini dipantau dan dikendalikan semua balai polis utama bagi setiap dua jam. Bagaimanapun sekatan itu dijalankan mengikut keperluan sama ada pagi, petang atau malam.

“Kita akan lebih memfokuskan kepada laluan utama memasuki Shah Alam termasuk di sekitar taman perumahan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pemantauan penugasan sekatan jalan raya peringkat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Restoran Hakim, Seksyen 7 di sini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya