Polis Klang Selatan tambah lokasi sekatan jalan raya - Utusan Malaysia

Polis Klang Selatan tambah lokasi sekatan jalan raya

SHAMSUL AMAR RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis Klang Selatan menambah dua lokasi baharu bagi sekatan jalan raya bermula petang ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mukim Klang.

Ini menjadikan, sebanyak enam lokasi bagi keseluruhan sekatan jalan raya yang dilakukan sepanjang PKPB mukim Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dua lokasi berkenaan adalah Taman Sentosa (Jalan masuk ke Perdana Villa) dan Jalan Sungai Udang, Kampung Delek (Bersebelahan Restoran Aishah).

“Penambahan dua lokasi baharu ini bagi sekatan jalan raya akan bermula pukul 4 petang ini.

“Tindakan kompaun akan dikenakan terdapat ketidakpatuhan dalam prosedur operasi standard (SOP) PKPB. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Op Covid-19 di talian 03-33762400,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, empat lokasi terlibat dengan sekatan jalan raya ialah di Bukit Tinggi (Taman Bayu Perdana), Taman Sri Andalas, Bandar Puteri dan Taman Suria Pendamar (Pandamaran).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya