Polis Johor tahan 42 ah long - Utusan Malaysia

Polis Johor tahan 42 ah long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Polis Johor menahan 42 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ah long sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua individu terbabit yang diberkas itu berusia antara 25 hingga 44 tahun dalam operasi awal tahun hingga 17 Oktober lalu.

Jelasnya, mereka terlibat dengan kegiatan jenayah termasuk simbah cat, khianat dengan api serta ugutan jenayah.

“Daripada jumlah itu, seramai 27 individu diambil tindakan dibawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), 11 suspek dikenakan tindakan pengawasan dan empat lagi dikenakan perintah tahanan.

“Dalam siri serbuan yang kita lakukan, pelbagai rampasan dibuat antaranya 10 komputer riba, 31 telefon bimbit, sembilan kad bank serta wang tunai lebih RM62,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pinjaman atau berurusan dengan ah long kerana kadar bunga yang terlalu tinggi, syarat pinjaman tidak jelas dan terdedah kepada ancaman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya