KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima mengadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 8.00 pagi hari ini.
Istana Negara memaklumkan, perjumpaan selama satu jam itu membincangkan tentang mesyuarat pra-Kabinet.
“Sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula jam 8.00 pagi.
“Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan. -UTUSAN