PKP tidak akan dilaksanakan semula - Utusan Malaysia

PKP tidak akan dilaksanakan semula

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Kerajaan tidak akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara walaupun peningkatan mendadak kes positif Covid-19 kerana hanya berlaku di kawasan-kawasan tertentu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawalan rentas negeri juga tidak akan dikenakan kerana tiada keperluan berbuat demikian ketika ini.

Menurut beliau, rakyat tidak perlu terlalu panik dengan perkembangan kes positif ketika ini kerana banyak ‘disumbangkan’ dari kawasan depot tahanan penjara di Sabah dan Kedah  manakala di negeri-negeri lain hanya mencatatkan satu hingga tiga kes.

Kata beliau, kerajaan hanya akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berlaku penularan tinggi wabak berkenaan terutama di kawasan-kawasan yang dikategorikan zon merah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN