PKP: Pendapatan perniagaan nurseri pokok hiasan meningkat  - Utusan Malaysia

PKP: Pendapatan perniagaan nurseri pokok hiasan meningkat 

HABIBAH Yusop menunjuk bunga ros kepada pelanggannya yang dijual di nurseri miliknya di Anak Bukit, Alor Setar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kebanyakan peniaga di negeri ini mengeluh apabila pendapatan  mereka terjejas dan terdapat dalam kalangan mereka terpaksa gulung tikar akibat kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu.

Bagaimanapun, terdapat dalam kalangan peniaga nurseri pokok hiasan di negeri ini pula dikurniakan rezeki berlipat kali ganda selepas tempoh PKP itu.

Peniaga nurseri, Habibah Yusop, 52, berkata, dia yang mengusahakan perniagaan nurseri sejak 10 tahun lalu terkejut dengan sambutan luar biasa yang diterima daripada peminat pokok hiasan sejak PKP dilaksanakan sehingga ke hari ini.

“Orang ramai didapati gemar menghabiskan masa lapang mereka dengan menanam sayur-sayuran dan pokok hiasan sejak wabak Covid-19 melanda negara ini,” katanya ketika ditemui di nurseri miliknya di Anak Bukit di sini hari ini.

Menurut beliau, antara benih sayur-sayuran yang mendapat permintaan tinggi adalah cili, terung, kunyit, pandan, kesom, pudina dan limau nipis.

Sementara itu, katanya, antara pokok hiasan yang mendapat permintaan pula ialah melur, jejarum, jasmin dan orkid.  

Tambahnya, kebanyakan sayur-sayuran dan pokok hiasan tersebut jarang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

“Saya terkejut dengan sambutan selepas PKP kerana ramai yang datang bertanya untuk mendapatkan benih pelbagai pokok untuk ditanam di rumah mereka.

“Begitu juga dengan pokok keladi yang diviralkan di media sosial turut mendapat permintaan tinggi.

“Orang ramai menjadikan aktiviti menanam sayur-sayuran dan pokok hiasan untuk menghilangkan rasa bosan berada di rumah berikutan Covid-19,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya