PH menang, Nik Omar jadi MB - Utusan Malaysia

PH menang, Nik Omar jadi MB

Husam Musa (dua kanan) menyerahkan cendera hati kepada Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Amanah Kawasan Kota Bharu di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Nik Omar Nik Abdul Aziz akan mentadbir sebagai Menteri Besar Kelantan jika Pakatan Harapan (PH) diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Nik Omar sebelum ini merupakan calon PH pada Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) lalu.

Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Amanah Nasional, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, Nik Omar akan dicalonkan bagi DUN yang sama nanti.

“Insya-Allah sekiranya PH menang pada PRU-15 nanti Nik Omar akan diberikan mandat sebagai Menteri Besar Kelantan.

“Dalam pada itu rakyat haruslah bekerjasama dengan mengundi Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Kota Bharu Kali Ke 4, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu Datuk Husam Musa.

Wan Abd. Rahim berkata, pihaknya juga akan mencalonkan Husam sebagai calon PH Kelantan bagi peringkat Parlimen, manakala Nik Omar bagi  DUN.

“Kita juga dan sedang berusaha untuk menarik lebih ramai rakyat menyokong PH termasuk di DUN Kota Lama dan Bunut Payung..

“Apa yang kita lihat sebanyak 25 peratus rakyat Kelantan sudah menolak gabungan Perikatan Nasional iaitu PAS dan UMNO,” ujarnya.

Tambahnya, perjuangan tersebut untuk menarik lebih ramai menyokong PH akan melibatkan beberapa bekas pemimpin Pas dan mereka mampu menjadi tonggak utama mencapai matlamat tersebut.- UTUSAN ONLINE

habis

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya