ADUN Slim angkat sumpah jawatan  - Utusan Malaysia

ADUN Slim angkat sumpah jawatan 

MOHD. ZAIDI AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Mohd. Zaidi Aziz mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Tahun Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Mohd. Zaidi, 43, mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim 29 Ogos lalu, Mohd. Zaidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 10,945 undi.

Beliau yang merupakan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim mengalahkan dua calon bebas iaitu bekas guru, S. Santharasekaran, 44, dan peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib dari BN, akibat serangan jantung pada 15 Julai lepas.

Mohamad Zahir mengucapkan tahniah kepada Mohd. Zaidi atas kemenangannya pada PRK DUN Slim dan mengingatkan beliau untuk menggalas amanah serta kepercayaan yang diberikan oleh rakyat sebaiknya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya