Pesara kerajaan rugi RM49,490 ditipu 'Sarjan'  - Utusan Malaysia

Pesara kerajaan rugi RM49,490 ditipu ‘Sarjan’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Seorang pesara kakitangan kerajaan berusia 70-an kerugian RM49,490 dipercayai terperdaya sindiket Macau Scam semalam.

Mangsa pada mulanya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri daripada Pejabat Pos Seremban dan mendakwa terdapat bungkusan yang mempunyai lapan keping kad kredit atas nama mangsa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, panggilan mangsa kemudiannya disambungkan kepada seorang polis berpangkat ‘Sarjan’ di Ibu Pejabat Polis Seremban.

Katanya, pegawai berkenaan memaklumkan mangsa terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan kes dadah serta salah seorang suspek yang terlibat dengan mangsa juga telah ditahan.

“Sarjan tersebut memberitahu mangsa yang mana kes ini masih dalam siasatan dan memintanya tidak memaklumkan kepada sesiapa memandangkan dia merupakan suspek kes tersebut serta memintanya memberi kerjasama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, terkejut dan terlalu takut dengan maklumat itu, mangsa tanpa berfikir panjang terus mengikut arahan Sarjan berkenaan dengan memindahkan wang melalui mesin ATM ke akaun bank diberikan.

Tambahnya, mangsa melakukan lima transaksi pemindahan wang ke dalam dua akaun bank dan dimaklumkan kesemua wang tersebut adalah wang jaminan dan pelindungan ekoran terlibat dengan kes jenayah.

Bagaimanapun katanya, yakin sudah terperangkap dengan sindiket penipuan, mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat serta tipu helah sindiket.

Katanya, orang ramai jangan sesekali mudah panik dan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil yang tidak dikenali sebaliknya menghubungi pihak polis atau organisasi yang terlibat untuk sebarang pengesahan.

“Jangan dedahkan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, nombor kad ATM atau nombor kad kredit kepada individu yang tidak dikenali,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya