Peniaga rugi RM62,000 ditipu sindiket permainan online  - Utusan Malaysia

Peniaga rugi RM62,000 ditipu sindiket permainan online 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang peniaga dalam talian di sini rugi lebih RM62,000 selepas dipercayai ditipu sindiket permainan dalam talian yang menjanjikan pulangan berlipat ganda dalam tempoh singkat semalam.

Mangsa seorang wanita berusia 42 tahun itu mula terjerat dalam permainan melalui telefon pintar tersebut selepas berkenalan dengan seorang wanita melalui aplikasi Rela minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek yang baharu dikenalinya itu mengajak mangsa menyertai permainan yang dianjurkannya sambil menjanjikan keuntungan berganda dalam tempoh singkat.

“Mangsa yang kemudiannya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp tertarik menyertai permainan itu dan diminta membuat penambahan wang bagi tujuan meneruskan permainan.

“Dia yang berterusan diumpan dengan janji keuntungan awal berjumlah RM6,820 telah menambah wang permainan secara berperingkat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy betkata, mangsa telah melakukan 10 transaksi memasukkan wang ke dalam tujuh akaun bank diberikan suspek yang kesemuanya berjumlah RM62,340 dalam tempoh kira-kira seminggu.

“Mangsa kemudiannya berasa ditipu setelah penganjur permainan tersebut gagal dihubungi lalu membuat laporan polis semalam,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya