Pengisytiharan zon merah tidak jejas aktiviti ekonomi Johor Bahru - Utusan Malaysia

Pengisytiharan zon merah tidak jejas aktiviti ekonomi Johor Bahru

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perkembangan Johor Bahru sebagai zon merah susulan peningkatan kes Covid-19 ketika ini tidak akan menjejaskan perjalanan sektor ekonomi melibatkan perniagaan, perkilangan dan pekerjaan.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, penutupan hanya melibatkan sekolah dan institusi pendidikan.

Katanya sehingga kini tiada arahan penutupan melibatkan sektor ekonomi seperti pusat perniagaan, kilang dan tempat kerja dikeluarkan pihak berkuasa dan mereka wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Ekoran penetapan Johor Bahru sebagai zon merah, sekolah dan institusi pendidikan di tiga kawasan melibatkan bandar raya ini, Pasir Gudang dan Kulai ditutup sementara bermula 1 November (esok).

“Sehingga kini sehingga kini tiada arahan penutupan melibatkan sektor ekonomi seperti pusat perniagaan, kilang dan tempat kerja. Namun apa yang penting untuk diberi penekanan adalah untuk memastikan pematuhan dibuat terhadap SOP ditetapkan dalam norma baharu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Sambutan Bulan Kesedaran Down Sindrom Sedunia 2020 di sini hari ini.

Kelmarin, Kementerian Kesihatan meletakkan daerah Johor Bahru sebagai zon merah ekoran berlaku peningkatan kes Covid-19 di kawasan sekitar, termasuklah kewujudan beberapa kluster antaranya Kluster Kempas, Kluster Rinting dan Kluster Bayu.

Ekoran itu, sebanyak 376 institusi pendidikan di zon merah negeri ini melibatkan prasekolah, sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan dan juga sekolah antarabangsa diarah tutup bermula esok sehingga 14 November.

Arahan sama turut dikeluarkan kerajaan negeri membabitkan 217 buah institusi pendidikan Islam bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Dalam pada itu, Hasni menambah, bantuan yang disediakan kerajaan negeri kepada individu yang dijangkiti Covid-19 serta kepada waris yang disahkan maut kerana wabak berkenaan masih terpakai.

“Ya, bantuan yang disediakan kerajaan negeri bagi meringankan beban pihak berkenaan masih lagi berjalan, khususnya bantuan yang diberi menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ),” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan negeri menerusi MAINJ menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada individu yang disahkan dijangkiti Covid-19. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya