Pengawasan berterusan dilaksanakan - Utusan Malaysia

Pengawasan berterusan dilaksanakan

Kesan tumpahan minyak di Pantai Cermin yang masih ada adalah kesan tumpahan lama.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pengawasan dan pemantauan berterusan akan tetap dilakukan walaupun operasi pembersihan di Pantai Cermin dan Tanjung Tuan yang terjejas akibat tumpahan dihentikan hari ini.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka, Rosli Osman berkata, pengawasan secara berterusan itu akan melibatkan pemantauan di laut dan keadaan di bahagian paya bakau.

“Tadi, kami adakan mesyuarat dan keputusan dibuat untuk menamatkan operasi pembersihan pukul 5 petang semalam. 

“Bagaimanapun, kami masih mengadakan pengawasan secara berterusan di mana pihak Jabatan Perhutanan akan melihat perkembangan paya bakau dan pihak Jabatan Laut pula memantau sekiranya ada lagi kesan tumpahan. Sekiranya ada apa-apa perkembangan, kami akan laporkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Daerah untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Kata Rosli lagi, pihaknya juga berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak dan agensi yang turut melibatkan kedua-dua buah negeri iaitu Melaka dan Negeri Sembilan.

“Berkat kerjasama semua pihak di bawah jawatan kuasa bencana daerah, 95 peratus operasi pembersihan menunjukkan perkembangan baik dan positif. Kami juga mengadakan penilaian terakhir menggunakan dron dan kami melihat tiada lagi tompokan minyak di laut. 

“Kami juga telah adakan rondaan sehingga ke Pulau Masjid di permukaan air laut dan pantai berpasir dan batu. Kami juga sangat teruja kerana kami turut menjumpai penyu, ketam dan kera serta burung-burung yang telah kembali ke tempat asal mereka di sini,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya