Penganggur ditahan miliki dadah bernilai RM45,000 - Utusan Malaysia

Penganggur ditahan miliki dadah bernilai RM45,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang penganggur ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM45,000 di sebuah rumah di Felda Kertih 5, Ketengah Jaya di sini, Khamis lalu.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan dalam serbuan di rumah keluarganya, kira-kira pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, hasil pemeriksaan menemukan 50 botol bertudung kuning disyaki dadah jenis heroin dan 1,600 biji pil yaba.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine di samping mempunyai rekod lampau berkaitan dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun di sini hari ini. 

Baharudin percaya bekalan dadah tersebut baharu diterima dan akan digunakan bagi jualan di sekitar daerah ini.

“Kita juga yakin suspek tidak berseorangan dalam aktiviti ini dan siasatan lanjut akan diteruskan,” katanya. 

Katanya, suspek direman selama tujuh hari sehingga Khamis ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN