Pendapatan kolej swasta merosot - Utusan Malaysia

Pendapatan kolej swasta merosot

Hasni Mohamad (dua dari kanan) bersama Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad (kanan) Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Bhd. melihat robot di dalam Majlis Pelancaran Iskandar Next di Hotel Fraser Place Puteri Harbour Iskandar Puteri di sini hari ini.-UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI : Pendapatan pusat pendidikan dan kolej swasta yang bertapak di negeri ini diakui mengalami kemerosotan ekoran berhadapan masalah pintu sempadan Malaysia dan Singapura yang ditutup sejak Mac lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad (IIB), Datuk Khairil Anwar Ahmad berkata, namun masalah itu tidaklah hingga menyebabkan operasi mereka terpaksa ditutup.

Katanya, antara terlibat yang terjejas Kolej Marlborough Malaysia di sini apabila pendapatan mereka menurun kerana pelajar tidak dapat masuk ke negara kerana pintu sempadan ditutup.

“Namun mereka masih stabil dan tidak berhadapan masalah untuk ditutup atau sebagainya.

“Sudah pasti buat masa sekarang mana-mana pendapatan menurun dan ini juga berlaku kepada semua pihak, tetapi setahu saya mereka (Kolej Marlborough Malaysia) masih stabil dan bertahan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Iskandar Next di sini hari ini.

Sebelum ini Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad memaklumkan, beliau telah menerima surat daripada Kolej Marlborough Malaysia yang meminta kerajaan mencari jalan bagaimana kira-kira 900 penuntut mereka yang berulang-alik setiap hari dapat belajar semula.

Kolej itu membayangkan kesukaran dihadapi dan kemungkinan menghadapi risiko ditutup kerana tidak dapat menjalankan urusan seperti biasa.

Kira-kira 900 penuntut Kolej Marlborough Malaysia di Iskandar Puteri dan antara mereka sebelum ini berulang-alik setiap hari sebelum pintu sempadan ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya