Pendaftaran penuntut Unisza secara dalam talian - Utusan Malaysia

Pendaftaran penuntut Unisza secara dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Proses pendaftaran penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) bagi sesi pengajian 2020/2021 dilakukan secara dalam talian susulan peningkatan kes Covid-19 sejak akhir-akhir ini.

Naib Canselor Unisza, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, pelaksanaan arahan itu selaras dengan langkah-langkah pencegahan penularan wabak yang disarankan pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

“Seperti semua sedia maklum, keadaan pandemik Covid-19 di Malaysia masih belum berakhir dan memerlukan perhatian serta kerjasama semua pihak untuk menanganinya.

“Unisza amat prihatin dan memandang serius terhadap kesejahteraan di samping keselamatan seluruh warga universiti ini, semoga kita semua dihindari daripada wabak,” katanya dalam kenyataan di sini.

Hassan Basri berkata, sebarang perubahan baharu atau pekeliling pengurusan universiti berhubungan perkara ini akan dikemaskini dan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya